Alia: Takda mood nak pegi jalan-jalan la. Kalau Lia dok umah je boleh?
Ahmad: Hai, takkan la nak tinggal Lia sorang-sorang kat umah kot. Abi nak satu family pegi kan. Jom la. Apsal murung-murung je ni?
Alia tunduk, mengusap-usap hensetnya. Ahmad dapat menangkap masalah adiknya ada kaitan dengan boyfrennya. Ahmad datang duduk tepi Alia.
Ahmad: Lia, what's wrong?
Alia: After abang cakap pasal dosa hari tu Lia jadi susah hati. Lia asyik dok pikir ja apa yang abang cakap tu. So Lia mesej la boyfren Lia tu.
Ahmad kurang senang bila mendengar perkataan "boyfren" tetapi dia sabar dan terus mendengar luahan adiknya.
Alia: Lia cakap kat dia yang apa yang sedang kami buat ni tak baik. Bukannya kami tak tahu pun pasal hukum halal haram ni. Tapi ntah la, mungkin hati kami ni cuba buat alasan yang "menghalalkan" hubungan ni.
Ahmad: Alasan yang macam mana tu?
Alia: Ye la, kami takde la pegang-pegang tangan ke or keluar dating berdua-duaan ke. Kalau spend time ngan dia pun, kami buat study group or keluar makan ngan kawan-kawan yang lain supaya tak berdua-duaan. But deep down dalam hati Lia, Lia mengaku yang itu suma excuses untuk bersama ngan dia. Deep down Lia tau ni suma bisikan syaitan yang cakap hubungan kami ni "halal".
Ahmad: Okay, itu dulu. Skang ni macam mana?
Alia: After abang cakap pasal dosa tu, hati Lia menjerit-jerit memujuk Lia untuk keluar dari hubungan ni dan cari hubungan yang betul-betul halal. After Lia mesej dia explaining suma kata-kata hati Lia ni, dia rasa tak senang hati pulak dengan Lia. Cakap Lia buang tebiat la and cakap Lia dah tak sayang dia la...
Mata Alia mula berlinangan dengan air mata.
Ahmad: Jadi, dia break up ngan Lia la ye?
Alia angguk sahaja.
Alia: Kenapa susah sangat nak cari lelaki yang baik abang? Lia suka sangat kat dia. Dia caring giler kat Lia. Dah la dulu skolah agama. Lia pun yakin la yang dia lelaki yang baik. Lia berniat untuk amik dia sebagai suami satu hari nanti.
Ahmad kesat air mata adiknya.
Ahmad: Lia nak kahwin dengan dia?
Alia angguk.
Ahmad: Lia pasti dia calon suami yang baik untuk Lia?
Alia angguk lagi.
Ahmad: Lelaki yang sama yang setuju untuk mengambil Lia sebagai girlfriend dia walaupun dia tahu hubungan itu tiada keberkatan daripada Allah?
Alia tidak mengangguk lagi. Dia memikirkan kata-kata abangnya.
Ahmad: [Gelak kecil] Ha, dah sedar ke belum?
Alia ketawa.
Ummi: Ahmad! Lia! Nak gerak dah ni!
No comments:
Post a Comment